Thursday, November 18, 2010

My NeW LiFe

2 Oktober 2010 - Sabtu (Masjid Felda Tembangau 2)
Seawal 5pagi aku n my hubby d kejutkan dengan berita yang membuatkan kami turut sama bersedih dan bimbang. rombongan lelaki masih lagi di kemam. Bas yg membawa rombongan lelaki rosak dan terpaksa menunggu bas lain untuk meneruskan perjalanan yang akan mengambil masa lagi 6jam untuk sampai ke majlis kami. Ayah n mak aku dah sibuk membuat persiapan d awal pagi untuk menyambut rombongan lelaki yg sepatutnya sampai pukul 7pagi. Pepatah melayu ada menyebut, malang tidak berbau. Majlis akad nikah yg d jadualkan pukul 9.30pagi terpaksa juga d jalankan mengikut jadual nya. Majlis akad nikah berjalan lancar walaupun kami dalam kesedihan. Paling mengharukan lagi bila my hubby membaca lafaz takhlik dengan suara yang serak dan juraian air mata.
"sebelum bergelar seorang isteri"

"ya ALLAH ya tuhan ku, yang maha pengasih lagi maha penyayang. aku memohon kepada mu ya ALLAH, jika ini adalah suami yang terbaik untukku ya ALLAH, engkau satukanlah hati kami, engkau rahmatilah rumah tangga kami dengan keimanan dan engkau curahkab lah rahmatmu keatas diri kami, keluarga kami, muslimin dan muslimat seluruhnya. aku berserah ke atas mu ya ALLAH, sesungguhnya ya ALLAH, engkaulah yang maha melihat dan mengetahui. amin, amin, amin ya rabbal alamin.."


"kak lin, kilah, me, nurol"

10.45pagi
Rombongan lelaki sampai d masjid. Orang pertama yang melangkah masuk ke dalam masjid adalah abah (my hubby father), aku nampak wajah hampa abah, sedih hati aku tengok rombongan lelaki yang berwajah hampa. Terasa bersalah sangat2. Waktu tu my hubby terlalu happy sangat bila abah melangkah masuk ke perkarangan masjid. meluru je my hubby sambut dengan salam dan pelukan. Bila semua tetamu dah masuk ke dalam msjid, barulah acara batal air sembahyang d mulakan. Aku happy sangat2 bila tengok muka my hubby happy. Sekelip mata je my hubby jadi ceria.

"kejap2.. ada lagi.. ada lagi.. lama sikit"


"tandanya, kau adalah milikku selamanya"


"tandanya, ku abadikan diri ku kepada mu wahai suami ku"
Acara Bergambar Selepas Nikah
Ini adalah hari yang bahagia buat kami. Tapi turut hari kesedihan buat kami. Terlalu banyak dugaan yang kami kena hadapi pada hari ni. Bila habis je sesi batak air sembahyang, tiba lah sesi bergambar dengan family my hubby. Mula2 aku bergambar dengan abah (my hubby father), kali kedua dengan mak (my hubby mother), waktu aku salam mak.. tiba2 aku dengar my hubby menjerit.."abah, mak.. angah........" semua yang ada kat ctu terdiam dan terus memberi tumpuan pada angah (adik my hubby) yang terbaring atas riba my hubby. Aku sedih tapi aku terpaksa kawal diri sebab akak n adik (adik2 my hubby) dalam pelukanku.. untuk menenangkan hati adik2.. aku kena kuat. bila aku tengok mulut angah dah berdarah2 aku makin tak tentu arah. Simpati aku tengok semua yang ada. Bila tengok suami ku menangis .. tersayat hati ku.. betapa pilu nya waktu tu.. nasib baik ada orang kampung kat ctu tahu untuk mengubat penyakit SAWAN. kalau tak aku x tau nak minta pertolongan dari mana. untuk ke hospital sahaj dah mengambil masa setengah jam. masa terlalu berharga pada waktu tu. bila my hubby mengangkat angah ke dalam kereta untuk d bawa ke rumah pakcik tu (tukang ubat) .. my hubby pergi dengan tamba memakai kasut.. dengan baju putih yang berdarah2.. 15minit selepas tu, my hubby call n memberi tahu yang angah dah kembali ok. barulah aku beredar ke rumah untuk bersiap bagi majlis seterusnya.


"melangkah setapak ke alam perkahwinan"




2.00petang (Majlis Persandingan)

dualkan pada jam 11.30pagi d tunda pada 2petang. Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar sehinggalah kami menghantar rombongan lelaki ke dalam bas untuk berangkat pulang ke kuala terengganu. angah (adik my hubby) dah ok. tapi mulutnya luka akibat d gigit. tangan my hubby juga bengkak pada ibu jari tangan kanan n kiri bila menahan gigi angah waktu serangan sawan tu.



"ya ALLAH ya tuhan ku yang maha pengasih lagi maha penyayang, aku memohon kepada mu ya ALLAH, kau tanamkanlah dalam diri kami dengan sifat2 yang terpuji, semoga kami saling memahami, menghormati, menyayangi diantara kami. sesungguhnya ya ALLAH engkaulah yang melihat dan maha mengetahui. aku berdoa kepada mu ya ALLAH.. engkau kekalkan lah rumah tangga kami di dunia dan di akhirat. amin amin amin ya rabbal alamin.."



"semoga rumah tangga yang kita bina akan kekal selamanya"









No comments:

Post a Comment