Tuesday, December 14, 2010

BaBY Wan Noorfazana

Ini lah baby wan noorfazana. Permatahati kawan saya Man & Ely.
11 Disember aritu aku saje ajak man n ely datang umah. Nak g jalan umah diorang my hubby busy sangat kerja. Sabtu tu my hubby keja pagi. Seawal 6 pagi dah kuar g keja. Sebab tu lah saya suh my hubby ajak man n ely makan kat umah kami. Xlah aku bosan sangat duduk rumah.
Menu - menu makan malam kami aku dah uploded dalam blog baru saya . Sila lah berkunjung ke sana.
X nak cter panjang - panjang arini.. kita zazss dulu.. layan pic fazana...
(tomey2 fazana jangan selalu nangis2 tau... nanti x tomey.. muah muah muah dari auntie eim..)


(fazana ajak mama n papa selalu datang umah auntie ya..)


(ini lah mama caye...)



(ngok tu uncle zam duduk depan caye.. nape papa ambik gambar kaki uncle zam jer.. x nampak muka uncle zam ler papa....)

# 11 Disember 2010

Tuesday, November 30, 2010

MaJLiS PeRKaHWiNaN....

27 November 2010 (Sabtu)
Lorong Enggang 13
Selamat pengantin baru Farid & Pasangan (lupa lah pulak nama wife dier... hi hi hi).. sorry ler.. kami x leh lelama aritu. kena g umah akak kat sg. buloh..



(waktu ustaz bacakan tanggungjawab suami terhadap isteri dan tanggungjawab isteri kepada suami.. aku muhasabah diri sendiri.. adakah dalam tempoh aku bergelar isteri ni, aku dah laksanakan semua tanggungjawab tanpa terlalai ?)

(ni lah pengantin perempuan nyer)

My hubby saje nak bergambar atas pelamin berdua ngan aku.. tetiba ayah pengantin perempuan tegur kami.. "klu nak naik kena la pakai baju pengantin juga..." hahahaha... ambik ko... sib baik laki aku memang dh kenal ngan pakcik tu.. klu x sure x jadi nyer ambik gambar atas pelamin tu...
(kami still pengantin baru juga kan... hehehehe... walau pun dah dekat 2 bulan kawin..)



(ni si comel qistina... anak kawan my hubby... keletah tau qistina ni.. geram je bila nengok pipi dia yg tomey2 tu....)



(qistina lagi... qistina with her mother n father...)





28 November 2010 (Ahad)
Kampung Sri Jempol
Selamat pengantin baru tuk Amin n Hasmah... kami doakan semoga korang berbahagia selalu.. murah rezeki.. murah anak.. hehehe.... n berkekalan di dunia dan d akhirat...

Majlis ni adalah majlis bertandang.. kami x boleh datang pada majlis sebelah perempuan.. my hubby kena kerja haritu... sop sop sop... sedih sangat tau aritu.. aku memang nak sangat2 tau ngok dia nikah.. tapi nak wat cmne... x kesampaian...



(aku memula x perasan tau ada burung kat ctu.. lalu je bawah tu.. hik hik hik... waktu tunggu pengantin sampai tu baru aku perasan burung ni... dua ekor burung dalam sangkar.. simbolik kan... klasik gtu...)



Bila melangkah beriringan..... mesti kita x sedar sesuatu kan.. bila aku nengok gambar2 ni baru aku perasan...


bukan sahaja melangkah beriringan.. tapi melangkah mengikut rentak yang sama.. semoga korang melangkah beriringan sentiasa...



(aku ingatkan burung yang d letak dalam sangkar tu cuma perhiasan.. rupa nya... sebelum melangkah kedalam .. pengantin kena lepaskan burung tu dulu... aku lupa lak nak tanya kenapa kena wat camtu..nnt aku tanya kat diorang...)



Sebelum balik.. kena la bergambar dengan pengantin dulu kan...



sorry sangat2... x leh lepak lelama kat ctu.. my hubby keja malam tu.. so kena balik kl cecepat.. ada masa kita jumpa lg ok..


n... sebagai kenangan.... sempat lagi u... hik hik hik....



Monday, November 29, 2010

RiNDu NYeR....

*ZiRa*

*Auntie eim rindu gler ngan zira tau... miss ngan gelak zira yg comel sesangat tu...

Rindu gler aku ngan dak sowang ni.. dh lame x jumpa dia.. mesti zira dah besarkan sayang.. kalau x silap.. gambar ni auntie ambil waktu beberapa hari sebelum auntie kuar dari umah tu.. sib baik ada gambar2 ni.. kalau tak mesti auntie miss sangat2 ngan zira tau...

Bila ingat apa yg jadi kat rumah tu.. auntie eim sedih tau.. sian zira.. camne la bila auntie dah x der kan.. klu dulu auntie selalu culik zira masuk bilik auntie kan.. sebab auntie pon nangis bila dengar zira nangis.. pilu hati auntie..



Waktu auntie nak kuar dari rumah tu.. uncle zam risau sangat pasal zira tau.. dia kata kalau auntie x der... sape yg akan selamat kan zira.. auntie sentiasa doakan kesejahteraan zira.. n auntie yakin satu hari nanti mesti ibu zira akan tau juga apa yang berlaku kat zira..


Auntie eim rindu sangat2 ngan zira.. auntie x leh lupa waktu zira tido ngan auntie.. mesti auntie kena berjaga layan zira bercakap... bila auntie wat2 tido baru zira tido kan.. auntie rindu sume tu zira.. auntie x kesah tuk bangun malam2 wat susu tuk zira.. auntie happy bila setiap kali zira ketawa..



Auntie rindu ngan zira sangat2..




Tapi auntie tahu... tu semua dah tinggal kenangan wat auntie... auntie doa kan zira sihat sejahtera.. jadi anak yang solehah.. anak yang bijak pandai... semoga ALLAH melindungi zira setiap masa dan ketika..

salam sayang dari auntie eim..





Thursday, November 18, 2010

My NeW LiFe

2 Oktober 2010 - Sabtu (Masjid Felda Tembangau 2)
Seawal 5pagi aku n my hubby d kejutkan dengan berita yang membuatkan kami turut sama bersedih dan bimbang. rombongan lelaki masih lagi di kemam. Bas yg membawa rombongan lelaki rosak dan terpaksa menunggu bas lain untuk meneruskan perjalanan yang akan mengambil masa lagi 6jam untuk sampai ke majlis kami. Ayah n mak aku dah sibuk membuat persiapan d awal pagi untuk menyambut rombongan lelaki yg sepatutnya sampai pukul 7pagi. Pepatah melayu ada menyebut, malang tidak berbau. Majlis akad nikah yg d jadualkan pukul 9.30pagi terpaksa juga d jalankan mengikut jadual nya. Majlis akad nikah berjalan lancar walaupun kami dalam kesedihan. Paling mengharukan lagi bila my hubby membaca lafaz takhlik dengan suara yang serak dan juraian air mata.
"sebelum bergelar seorang isteri"

"ya ALLAH ya tuhan ku, yang maha pengasih lagi maha penyayang. aku memohon kepada mu ya ALLAH, jika ini adalah suami yang terbaik untukku ya ALLAH, engkau satukanlah hati kami, engkau rahmatilah rumah tangga kami dengan keimanan dan engkau curahkab lah rahmatmu keatas diri kami, keluarga kami, muslimin dan muslimat seluruhnya. aku berserah ke atas mu ya ALLAH, sesungguhnya ya ALLAH, engkaulah yang maha melihat dan mengetahui. amin, amin, amin ya rabbal alamin.."


"kak lin, kilah, me, nurol"

10.45pagi
Rombongan lelaki sampai d masjid. Orang pertama yang melangkah masuk ke dalam masjid adalah abah (my hubby father), aku nampak wajah hampa abah, sedih hati aku tengok rombongan lelaki yang berwajah hampa. Terasa bersalah sangat2. Waktu tu my hubby terlalu happy sangat bila abah melangkah masuk ke perkarangan masjid. meluru je my hubby sambut dengan salam dan pelukan. Bila semua tetamu dah masuk ke dalam msjid, barulah acara batal air sembahyang d mulakan. Aku happy sangat2 bila tengok muka my hubby happy. Sekelip mata je my hubby jadi ceria.

"kejap2.. ada lagi.. ada lagi.. lama sikit"


"tandanya, kau adalah milikku selamanya"


"tandanya, ku abadikan diri ku kepada mu wahai suami ku"
Acara Bergambar Selepas Nikah
Ini adalah hari yang bahagia buat kami. Tapi turut hari kesedihan buat kami. Terlalu banyak dugaan yang kami kena hadapi pada hari ni. Bila habis je sesi batak air sembahyang, tiba lah sesi bergambar dengan family my hubby. Mula2 aku bergambar dengan abah (my hubby father), kali kedua dengan mak (my hubby mother), waktu aku salam mak.. tiba2 aku dengar my hubby menjerit.."abah, mak.. angah........" semua yang ada kat ctu terdiam dan terus memberi tumpuan pada angah (adik my hubby) yang terbaring atas riba my hubby. Aku sedih tapi aku terpaksa kawal diri sebab akak n adik (adik2 my hubby) dalam pelukanku.. untuk menenangkan hati adik2.. aku kena kuat. bila aku tengok mulut angah dah berdarah2 aku makin tak tentu arah. Simpati aku tengok semua yang ada. Bila tengok suami ku menangis .. tersayat hati ku.. betapa pilu nya waktu tu.. nasib baik ada orang kampung kat ctu tahu untuk mengubat penyakit SAWAN. kalau tak aku x tau nak minta pertolongan dari mana. untuk ke hospital sahaj dah mengambil masa setengah jam. masa terlalu berharga pada waktu tu. bila my hubby mengangkat angah ke dalam kereta untuk d bawa ke rumah pakcik tu (tukang ubat) .. my hubby pergi dengan tamba memakai kasut.. dengan baju putih yang berdarah2.. 15minit selepas tu, my hubby call n memberi tahu yang angah dah kembali ok. barulah aku beredar ke rumah untuk bersiap bagi majlis seterusnya.


"melangkah setapak ke alam perkahwinan"




2.00petang (Majlis Persandingan)

dualkan pada jam 11.30pagi d tunda pada 2petang. Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar sehinggalah kami menghantar rombongan lelaki ke dalam bas untuk berangkat pulang ke kuala terengganu. angah (adik my hubby) dah ok. tapi mulutnya luka akibat d gigit. tangan my hubby juga bengkak pada ibu jari tangan kanan n kiri bila menahan gigi angah waktu serangan sawan tu.



"ya ALLAH ya tuhan ku yang maha pengasih lagi maha penyayang, aku memohon kepada mu ya ALLAH, kau tanamkanlah dalam diri kami dengan sifat2 yang terpuji, semoga kami saling memahami, menghormati, menyayangi diantara kami. sesungguhnya ya ALLAH engkaulah yang melihat dan maha mengetahui. aku berdoa kepada mu ya ALLAH.. engkau kekalkan lah rumah tangga kami di dunia dan di akhirat. amin amin amin ya rabbal alamin.."



"semoga rumah tangga yang kita bina akan kekal selamanya"









Thursday, September 16, 2010

Mengghitung hari

2 Oktober 2010

wah... pening nyer pala... memikir kan hari yg dh semakin singkat ni.. wat pala aku jd sakit je tiap2 ari.. ngan persiapan yg x habis2... dh x larat rasanyer badan ni...rase nyer cm banyak je lg yg x settle...

Monday, July 5, 2010

"our engagement day"

26 JUN 2010 - Sabtu

05.30 Pagi - Pepagi lagi dah kena bangun.. dengan nak mengemas rumahnya.. ngan bilik nyer x kemas lagi.. firsting yang aku buat dulu iron baju abe aku ni.. disebabkan rumah aku ngan dia jauh.. so terpaksalah family dia duduk homestay dekat2 ngan rumah aku juga.. tu yg aku kena dera iron baju diatu.. mmmmm (tapi ikhlas tau)

08.00 Pagi - Penatnya badan2 aku pas ngemas.. makcik2 yg datang tolong kat rumah aku ni kejap2 dok masuk bilik cari aku lah.. nk ngok hantaran lah.. nk ngok bilik lah.. aku ni x jg lak mandi nyer lg... akak n adik aku lak yg dh siap dl dr aku.. bukan setakap siap mandi je.. siap bermak-up lg ok...

09.30 Pagi - Aku menguncikan diri kat dlm bilik tuk bersiap.. huhuhu... kena make-up sendiri.. nk d jdkan cter.. angkara aku nk jg pakai bulu mata palsu... berjam-jam proses tuk tampal kt mata aku ni.. sib baik la ader akak n adik aku yg tlg.. tu la.. sebelum majlis x nak cuba pakai.. dh la aku cm bl 1 je.. sib baik hasilnya memuaskan hati walaupun aku dh cam nk nangis aritu sbb susah gler nk tampak bulu mata tu dengan cantik.. aku ni cerewet sgt..

11.00 Pagi - Rombongan lelaki sampai.. aku duk sibuk berborak ngan kawan aku kt dlm bilik smp x sedar org sekeliling.. tau2 makcik2 kt depan bilik aku suh aku kuar tuk sarung cincin...



Sunday, January 17, 2010

sehari bersantai....

16 Januari 2010

Arini kami gi jalan2 kat taman klcc.. mulanya plan nak ambil gambar tuk hantar pertandingan photography kt ofice.. puas lah kami jelajah taman ni.. x der gambar yg menarik pun kt cni... emmmm last2 kami yg bergambar.. ni la hasil gambar yg nurul (adik aku) snap..

Ader la juga gambar2 yg ok... tapi x banyak.. sebab photographer nyer yg x bertauliah... hehehe.. dh la photographer sorang ni syok sendiri je ambik gambar... kami x sedar pun gambar2 ni d snap..

Papepun... Thanks nurul coz snap gambar kami bebanyak... ader la juga gambar kami ber2..

Xpe2 ader masa nanti kami akan asah lagi bakat ko k... kami lah yg akan jd model nyer...