Tuesday, January 11, 2011

Selamat Bertunang Angah

MAJLIS PERTUNANGAN MIE DAN ENI

08 Januari 2011 (Dungun, Terengganu)


(Selamat berbahagia selalu)


Tahniah dari Kaklong, Along n Family tuk angah n eni. Semoga kalian tabah dan sabar menghadapi dugaan yang mendatang.


Tidak semua yang dirancang itu akan menjadi kenyataan,
Tidak semua yang kita impikan itu akan menjadi nyata,
Tidak semua keindahan itu akan menjadi indah,
Apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha, tawa'kal dan berdoa semoga apa sahaja yang ditentukannnya dapat dihadapi dengan tenang dan sesungguhnya apa sahaja yang ditentukan olehnya adalah yang terbaik buat kita.

(lepasni kaklong nak kena panggil eni apa ya)

Semoga dengan ikatan ini akan membuatkan kalian bersedia untuk mengharungi alam rumahtangga kelak. Kaklong, Along n yang lain2 hanya boleh memberinasihat dan mendoakan kalian sentiasa berbahagia dibawah lindungannya.

Pesan kaklong, janganlah kalian bermasam muka bila setiap pendapat kalian tidak diterima oleh satu sama lain. Mengalah bukan bererti kita kalah. Mengalah untuk mencapai satu matlamat yang samakan x mengapa. Janganlah sesekali merajuk berpanjangan. Waktu2 yang macam ni lah yang akan membuatkan kita tersalah untuk menilai antara satu sama lain dan membuat keputusan terburu2.

Pupuklah kasih sayang antara kalian. Semoga alam rumahtangga yang akan kalian bina nanti kaya dengan kasih sayang. Menyayangi seseorang lelaki yang bukan ada ikatan dengan kita tidak sama dengan menyayangi seorang lelaki bergelar suami kepada kita.


(impian yang separuh nyata)

Setiap apa yang kalian ingin lakukan, eloklah kiranya kalian merancang terlebih dahulu sebelum melakukannya. Siapkanlah diri kalian dengan ilmu rumahtangga sebanyak yang mungkin untuk bekalan dimasa hadapan. Semoga hari2 kalian kelak akan dilalui dengan tenang tanpa luka dihati.


(mie n eni)

Pengalam akan mengajar kita apa itu kegembiraan dan kesedihan. Kita merancang untuk kita bahagia tapi kita tidak merancang untuk kita berduka. Sentiasalah beringat apa itu kelukaan sewaktu kita bergembira. mengingati kedukaan tidaklah salah sebaliknya ia akan memberi semangat untuk kita tidak mengulangi kesilapan2 yang kita lakukan dulu.

Terlalu banyak pesan yang kaklong nak bagi pada angah n eni. Mungkin ada yang jemu membacanya. Akan kaklong titipkan dikemudian hari disini lagi nanti. Semoga ia akan menjadi pengajaran, panduan dan peringatan kepada kalian dan diri kaklong sendiri.

Ini lah gambar2 semasa majlis kalian. Jadikanlah ia sebagai kenangan kalian dimasa hadapan.

Salam sayang dari kaklong n along.


(hihihi)


(dari eni untuk mie)


(sabar menanti)


(mak n eni)


(Y Allah yang maha pengasih lagi maha mengasihani. Aku memohon kepadamu ya Allah, engkau cucurilah rahmatmu kepada mereka, berikanlah meraka kesabaran yang tinggi. Ya Allah ya tuhanku kepadamu lah aku menyembah, meminta dan berserah. Semoga kami tergolong di dalam umatmu yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang engkau limpahkan. Amin amin ya rabbal alamin. )


(new family)


(semoga keluarga kita akan bertambah secepatnya)


(aku)


(dimanakah suami ku...)


# 12 Januari 2011

No comments:

Post a Comment